Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak
mendapatkan apa yang tidak kita inginkan . Dan ketika kita mendapatkan
apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan
terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Dalam
hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita
inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya
kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat
hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seseorang manusia
harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk
mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk
membetulkan kesilapannya
Jadikan dirimu
bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat
kayu api.
Bermimpilah
tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu
ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya
memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang
ingin kamu lakukan.
Masa depan yang
cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat
melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan
kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan
kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi
percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Janganlah
berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,
berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama
lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal
karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati
adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan
sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang
lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang
yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan
kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan
daripada orang lain.
Semulia-mulia
manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil
ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu
mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan
untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif
terhadap kehidupan.
Kita lahir dengan
dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke
belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan
kita.
Kita dilahirkan
dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat
mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan
pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan
otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin
mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang
dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda
fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan
perhiasan.
Kita lahir dengan
2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut
adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh,
bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga
ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah
sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya
dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada
penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang
paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai
tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti
kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu
sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan
bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik
adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa
mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan
perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas
dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang
dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan
keberanian
Sahabat yang
tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat
membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup
mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang
paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai
itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri
yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu
tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang
baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu
yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum
tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi
sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang
terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah
Arab